Pengenalan
Selaras dengan Transformasi Pengajian Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Pengajian Politeknik telah menjenamakan semula semua Jabatan Hospitaliti disemua politeknik terlibat kepada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti berkuatkuasa 1 Jan 2011. Ini akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap program pengajian yang ditawarkan di jabatan ini seperti yang disarankan oleh industri dan selaras dengan kepentingan industri pelancongan terhadap negara.
Program yang ditawarkan di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Hulu Terengganu ialah Diploma Pengurusan Pelancongan (Diploma In Tourism Management).
Visi
Menjadi sebuah jabatan yang cemerlang dan progresif serta mampu melahirkan pelajar yang berpengetahan, kompeten, memiliki nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab serta kreatif selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Gaya Pembelajaran
