Pengenalan
Diploma Akauntansi di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan bagi menyediakan bakal graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dengan pendidikan bersepadu. Memperolehi pengalaman dalam aspek disiplin, bidang dan sub-bidang perakaunan kewangan, pengauditan, percukaian dan kos dan perakaunan pengurusan serta pengurusan maklumat, teknologi maklumat , keusahawanan dan pembangunan interpersonal.
Pelajar yang lulus dalam program ini akan dapat memasuki pekerjaan dalam mana-mana industri. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang para pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka menjadi:
- Penolong Akauntan, pegawai akaun atau penolong pengawal kewangan dalam sektor awam atau sektor swasta.
- Penolong Audit dalam sektor awam dan swasta.
- Juruteknik cukai, pembantu penilai cukai Hasil Dalam Negeri, Firma Ejen Cukai dan Firma Perunding cukai.
- Penolong Penasihat Kewangan, Pegawai dalam institusi kewangan dan pelaburan syarikat.
- Ahli akademik
- Usahawan
- Ejen sekuriti dan lain-lain bidang yang berkaitan
Carta Unit