Pengenalan
Unit Pembangunan dan Senggaraan berperanan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga PHT. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menjanjikan keselesaan, kesihatan dan keselamatan persekitaran fizikal PHT. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian dilakukan secara berperingkat demi memenuhi keperluan semasa warga PHT.
Fungsi / Peranan
- Menyediakan perkhidmatan fasiliti terbaik kepada staf dan para pelajar PHT
- Merekabentuk dan mentadbir persekitaran PHT yang kondusif
- Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi seluruh kemudahan infrastruktur PHT